Isnin, 31 Ogos 2015

Penulisan Bahasa Jepun 101: Mengenal Huruf-Huruf asas Bahasa Jepun (HIRAGANA)

Minggu ke 2 : Dakuten dan Combo Hiragana (Bahagian 2)

untuk minggu ke 2 belajar tulisan Jepun, kita akhirinya dengan belajar tentang prinsip-prinsip tambahan dalam menggunakan huruf-huruf hiragana. Seperti yang saya beritahu dalam post sebelum ini, dengan mempelajari huruf-huruf hiragana maka anda sudah boleh menulis kesemua perkataan yang berasal dari Bahasa Jepun. 

Namun terdapat berberapa syarat tambahan ataupun peraturan dalam menulis dalam Hiragana. Dan kita akan pelajarinya bersama sekarang. Ini adalah ulangan kelas dari cikgu saya, saya tulis semula agar saya dan sesiapa yang ingin belajar bahasa Jepun dapat belajar bersama.

A. Huruf yang berbunyi panjang (Long Vowels)
Kita biasa jumpa dalam mana-mana penulisan yang mengajar kita menyebut bahasa Jepun dalam tulisan Roman biasanya ada  perkataan yang bergaris diatas huruf seperti ā, ī, ē, ū, atau ō. Huruf ini ditandakan baris agar kita menyebutnya lebih lama dari huruf-huruf hiragana yang lain.Ianya diletak pada akhir perkataan yang berbunyi panjang. Contoh:  Māmā (bolehlah; so-so) atau Arigatō (Terima Kasih; Thanks); tapi kita tahu didalam tulisan Hiragana tidak ada huruf yang mewakili tanda baris atas; didalam carta huruf yang kita belajar pada minggu 1. Jadi bangaimana kita hendak tahu jika tulisan hiragana menunjukkan huruf yang berbunyi panjang?


      1. Huruf  ā diwakilkan dengan huruf  あ pada akhir huruf.
        
Contoh: Okāsan (Ibu) ditulis   おかさん
        Jika kita tidak menambah huruf tambahan pada ka (ā) ianya ditulis  お(O) か(Ka) さ(Sa)ん(N)
        dan ianya salah. Bunyi panjang pada a harus ditambah dan dieja dengan huruf tambahan dan  
        menjadi 
お(O) か(Ka) あ(A) さ(Sa)ん(N).

* maka selepas ini jika kita jumpa perkataan Jepun yang ejaan nya mempunyai huruf ā kita tahu cara ejaan pada huruf hiragana adalah dengan menambah huruf A sahaja pada akhir huruf kumpulan huruf yang diwakili.

     2. Huruf  ī atau ii diwakilkan dengan huruf  い pada akhir huruf

Contoh: Oniisan (Abang dalam keluarga)  おに さん atau Ojīsan (Atuk dalam Keluarga) おじさん
          Untuk mengeja Onnisan dalam tulisan Hiragana rasanya tidak ada masaalah kerana kita hanya perlu menambah huruf  (Ni) + (I); namun untuk mengeja Ojīsan kita perlu tahu bahawa huruf ī perlu ditambah dengan huruf  . Mengeja secara terus seharusnya berbunyi お(O)じ(Ji) さ(Sa)ん(N) namun ianya salah kerana bunyi huruf i seharusnya panjang dan digantikan huruf tambahan い dan menjadi お(O)じ(Ji)い(I)さ(Sa)ん(N).

    3. Huruf ū diwakili dengan huruf  う

Contoh:
Yūgata (Selamat Pagi) : ゆ (Yu) (U) が (Ga) た(Ta)
Chūgoku (Negara China) :  ちゅごく
Kūki (Udara) : く

    4. Huruf ē diwakili dengan huruf え untuk perkataan yang berasal dari Bahasa Jepun

Contoh:
Onēsan (Kakak dalam keluarga):  お (O) ね (Ne)(E) さ(Sa) ん(N)

   5. Huruf ei diwakili dengan huruf  い  Perkataan yang berasal dari Negeri China

Contoh:
 Eigo (English) : えい(EI) ご(Go)、 
 Yūmei (Terkenal/Popular) : ゆ(Yu)う(U) め(Me) い(I)
 Sensei (Cikgu/Jawatan tinggi yang dihormati) :  せんい 
 Gakusei (Anak murid) : がくせい

    6. Huruf ō diwakili dengan huruf う juga. (rujuk no 3)

Contoh:
Sayōnara (Selamat Tinggal) :  さ (Sa) よ (Yo)  う (U) な (Na) ら(Ra)
Byōin (Hospital/Rumah Sakit) : びょ(Byo) う(U) い(I) ん(N)
Dōmo Arigatō Gozaimasu (Terima Kasih banyak-banyak/ Sangat berterima kasih) : 
どうも あありがとうございます。

*Anda perlu tahu bahasa Jepun secara amnya tidak mempunyai tanda ruang antara perkataan. Hanya ada tanda berhenti, seru, soalan dll sahaja untuk membezakan setiap hujung perenggan perkataan (tanda-tanda bacaan ini hanya digunakan pada perkataan moden/katakana; Hiragana tidak ada tanda seru dll sebaliknya perkataan tambahan digunakan untuk menunjukkan perasaan dalam ayat.... minggu ke 4 baru belajar).

    7. Ada perkataan yang ditulis secara asalnya ō diwakili dengan perkataan お

Contoh:
ōKii (Besar) : お(O) お(O) き(Ki) い(I)
Tō (Sepuluh/ 10) : とお
Tōri (Jalan) : とおり


B. Huruf Berganda
Selain dari huruf-huruf seperti ā, ī, ē, ū, atau ō yang digunakan untuk mengejar kita menyebut perkataan dalam bahasa Jepun, kita juga akan terjumpa dengan perkataan yang menggunakan huruf berganda seperti; kk, pp, ss dan tt. Huruf berganda ini bermaksud kita seharusnya menyebut huruf tersebut dengan berhenti seketika dan bersedia untuk menyebut huruf berikutnya (one-syllable pause).

Bgaimana kita hendak tahu, perkataan itu mempunyai huruf berganda? Didepan huruf tersebut akan ada tanda huruf kecil  . Tanda huruf kecil っ bermaksud huruf selepasnya mempunyai huruf pertama yang berganda.

Contoh:
Gakkō (Sekolah) : がこう 

Contoh di atas mengabungkan semua yang kita belajar pada minggu 1 dan minggu 2. Huruf Asas Hiragana  (KO) + Huruf Dakutan  が (Ga) + Huruf berbunyi panjang ō yang diwakili oleh huruf う + dan huruf berganda dengan tanda kecil huruf っ.

Jika kita hanya menggunakan pengetahuan ttg huruf Hiragana; perkataan がっこう 、 akan menjadi が (Ga) っ (Tsu) こ(Ko) う(U) : Gatsukou (tidak mempunyai maksud) sebaliknya jika kita tahu tentang konsep mewakilkan tanda bunyi panjang dan berhenti seketika; 2 huruf dalam perkataan ini iaitu っdan う tidak menghasilkan sebarang bunyi. Maka sebutan yang betul adalah  が (Ga) っこ(KKo) う (O) = Gakkō.


C. Pertukaran huruf pada penulisan sebaris Ayat. 
Peraturannya mudah; jika menulis 1 baris ayat ada 5 huruf yang perlu ditukar kepada huruf yang lain tanpa menghilangkan bunyi asalnya. (pendek kata; ejaannya ditukar tapi sebutanya kekal sama). Pada saya, Bahasa Jepun lebih mudah dalam konsep pertukaran huruf untuk 1 baris perkataan berbanding Bahasa Korea maka siapa yang tahu menulis dalam Korea akan merasakan Jepun lebih mudah (konsep Palatalization).

1. Ji dan Zu di tulis sebagai  じ  dan ずtetapi ぢ (Dzi) dan づ (dzu)

2. Wa sepatutnya ditulis seperti ini tetapi diganti dengan は (Ha)
*Pertukaran huruf ini yang selalu berlaku dalam penulisan sebaris ayat dalam bahasa jepun. Anda akan menjumpainya selalu. Maka perlu diingat...jangan bunyikanya sebagai Ha tapi Wa!
Formulanya; jika huruf wa menunjukkan sesuatu ianya harus ditukar kepada ejaan  は(Ha) namun jika ianya ejaan pada perkataan ianya kekal pada ejaan huruf (Wa).

Contoh;
Watashi wa nihonjin desu. (Saya adalah orang Jepun) ;  わたし にほんじです。
Watashi (Saya); ejaan わ(Wa) disini tidak ditukar, dan ditulis seperti biasa  わた
namun  Wa kedua dalam perkataan tersebut yang membawa maksud "adalah" ditukar kepada huruf (Ha) namun sebutanya kekal kepada Wa.
Nihonjin にほんじ (Orang jepun) dan Desu です (adalah kata formal untuk ayat penyata).

3. O ditulis sebagai を (Wo), dan bukannya  お(O) jika ianya menunjukkan sesuatu.

Contoh:
Sore o misete kudasai (Tolong tunjukkan saya benda itu);  それみせてください。
Kore o kusasai (Tolong berikan saya benda itu); これ ください。

4. e ditulis sebagai へ(He), dan bukanya え(E).

Contoh:
Doko e ikimasuka. (Awak hendak kemana?) ; どこいきますか。
Kyōto e ikimasu. (Saya pergi ke Kyoto) ; きょうと いきます。

Jika mempunyai masa terluang; apa kata anda lakukan latihan dengan cuba menukar perkataan bahasa Jepun yang ditulis dalam Roman ke tulisan Hiragana. Jangan Lupa untuk menambah huruf atau menukar huruf mengikut syarat-syarat tambahan dalam pembelajaran Hiragana minggu ke 2 ini.

Contoh Latihan:
Tulis perkataan berikut ke tulisan Hiragana.
1. Gambatte Kudasai.
2. Chotto matte kudasai.
3. Meguro kara Tōkyō eki made densha de 20 ppun desu.
4. Watashiwa kinō tomodachi to Roppongi ni ikimashita.
5. Uchino denwa bangō wa namban desuka.

Jawapannya:
1.   がんばってください。
2.  ちょっとまてください。
3.  めぐろ から とうき ょえまで で んしゃに
4.  わたしは きのう と もだちろっぽんぎに い
5.  うちのでんわばごは なんばですか。




2 ulasan:

  1. Saya keliru utk no 1 tu.. mana じ dan ず

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih kerana meninggalkan comment;
      untuk;
      じ(Ji) ditukar kepada ぢ (Dzi)
      ず(Zu) ditukar kepada づ (dzu)

      Tidak semua perlu ditukar, ianya hanya berlaku pada keadaan tertentu sahaja selalunya perkataan yang ditulis secara tradisional sahaja.

      Padam