Isnin, 31 Ogos 2015

Penulisan Bahasa Jepun 101: Mengenal Huruf-Huruf asas Bahasa Jepun (HIRAGANA)

Secara jujurnya saya memang sangat lemah dalam penulisan Bahasa; Sama ada Bahasa Malaysia ataupun English. Walaupun saya penah mewakili sekolah sehingga peringkat Negeri dalam bidang pidato, choral speaking, dll  untuk kedua2 bahasa tapi saya sangat lemah dalam penulisan. Namun jika terdesak lain ceritanya, tapi jika bersantai saya kadang-kadang tidak mampu tulis perkataan asas sekali pun walaupun bahasa Malaysia kerana terlalu banyak bahasa yang saya belajar dari sekolah hingga ke universiti sehingga otak saya tidak mampu membezakannya. Secara kasarnya saya belajar 5 bahasa tambahan... tapi saya tidak mampu bertutur mahupun menulisnya dalam kebanyakkanya.... tapi jika ada perperiksaan jangan kata sambung ayat; karanggan 3000 patah perkataan pun mampu saya tulis. Jadi disebabkan penanguhan 1 semeter dari UiTM, maka bulan ini saya mula dan minat nak belajar bahasa Jepun.

Kita mulakan dengan asas dan pengagihan waktu. Semoga sesiapa yang meminati dan ingin belajar bahasa Jepun secara percuma boleh gunakan link2 dan jadual pelajaran ini untuk sama2 belajar dan mahir menulis dan bertutur dalam bahasa Jepun. JOM~

Minggu 1: Pengenalan pada huruf-huruf Hiragana

Sejarah ringkatnya; Bahasa Jepun banyak menggunakan Kanji (Aras 3) iaitu penulisan dari bahasa Mandarin (Tanah Besar China) yang di ajar kepada semua orang di Jepun; namun kaum wanita yang kebanyakkannya suri rumah merasakan penulisan bahasa kanji sangat sukar untuk mereka hafal dan tulis. Maka lahirlah Huruf-huruf Hiragana iaitu huruf-huruf yang dicipta oleh orang Jepun sendiri untuk menghasilkan huruf yang mewakili sebutan mereka. Kesimpulanya; huruf Hiragana adalah asas sebutan bahasa JEPUN: maka kebanyakkan perkataan dalam bahasa JEPUN boleh diaje dan ditulis dalam HIRAGANA. Namun jika hanya menulis dalam Hiragana ianya dianggap sangat lemah (budak tadika atau tahap sekolah rendah) maka campuran penulisan Hiragana+Kanji perlu ada. Ingat Hiragana hanya boleh untuk menulis perkataan-perkataan yang dicipta oleh bahasa Jepun itu sendiri.

Huruf Kanji yang digantikan dengan Huruf Hiragana
Dalam Hiragana sendiri kita kena tahu akan berjumpa hampir 3 set huruf dan setiap perkataan tidak boleh disamakan dengan huruf-huruf Roman iaitu A, B, C, D atau huruf-huruf Vokal; A, E, I, O and U; kerana huruf dalam bahasa Jepun adalah penghasilan bunyi Basic Hiragana seperti, SA, SE, SU, SI dan SO sebagai contoh; kemudian dengan penambahan beberapa bunyi yang seakan-akan maka lahir lagi huruf-huruf tambahan seperti NYA, NYU,dan NYO yang dikenali sebagai Combo Hiragana dan kita juga akan belajar tentang huruf-huruf Dakuten seperti PA, PI, PU, PE, dan PO. 

Maka kita bahagikan penulisan Asas bahasa Jepun pada minggu 1 hanya kepada asas huruf HIRAGANA.
* Cikgu cakap benda yang paling penting kena ingat adalah cara garis-garis huruf. Yang mana dulu yang mana kemudian. (Pada awalnya rasa tak penting...cuma tulis aje tapi bila dah masuk Katakana.... sendiri tak boleh bezakan huruf apa yang ditulis) maka kalau ada yang baru nak belajar jangan jadi macam saya. Bukan hanya perlu kenal, hafal bentuk setiap huruf tapi belajar jugak tertip garis yang membentuk huruf.


mulakan latihan dengan belajar menulis huruf dan bunyi setiap huruf. Guna link dibawa untuk print dan kemudian buat latihan.
http://www.guidetojapanese.org/pdf/hiragana_trace_sheet.pdf
(All credit to the web owner)

dan saya suka dengan awek mak salleh nie nyanyi huruf2 Hiragana; 
 
(Credit to  MissHanake)

Kenapa saya suka? ia mengingatkan saya bagaimana saya belajar huruf-huruf Roman; A untuk Ayam, B untuk Bola etc. ianya comel dan membantu kita mengenal dan mengingati nama-nama asas dengan huruf-huruf dalam Hiragana.

Print dan tampalkan gambar dibawah ini jugak dapat membantu anda mengenali huruf-huruf hiragana. Google aje Hiragana Table berbagai bentuk dari gambar idol sehingga watak cartoon yang comel-comel.


Jangan paksa diri anda menghafal semua bunyi dalam hiragana. Pada saya yang penting anda tahu ini adalah huruf hiragana. kerana selepas ini anda perlu menulis dan belajar beribu-ribu perkataan Jepun dan ianya akan melekat dalam ingatan anda satu hari nanti. 


Minggu ke 2 : Dakuten dan Combo Hiragana (Bahagian 1)

Pada mulanya cikgu saya mengasingkan latihan menulis asas Hiragana dan huruf-huruf tambahan (dakuten dan combo) supaya anak muridnya yang seorang ini tak pening namun saya rasakan apabila cikgu saya mengajar Katakana bersama dakuten serta combo; ianya lebih mudah dan senang untuk di ingat. Namun apalah sangat merasa azab yang saya rasa kalau tidak dikongsi bersama. Kepada rakan2 yang nak belajar menulis bahasa Jepun nie apa kata minggu ke 2 baru kita kenal dan belajar tentang Dakutan dan Combo Hiragana?

Okey, selepas mengenal semua huruf Asas Hiragana, kita teruskan pengajian penulisan bahasa jepun ini dengan Huruf-Huruf yang seakan-akan sama (Muddied Sounds). ianya menghasilkan bunyi huruf tambahan dengan tanda tambahan:
1. Dakuten:
tambahan 2 garis kecil pada atas akhir huruf dalam kumpulan (K, S, T, N) dan tambahan bulatan kecil pada kumpulan (N) menghasilkan bunyi huruf tambahan dalam kumpulan seperti (G,Z,D,B dan P)

2. Combo Hiragana
tambahan huruf kumpulan (Y) yang ditulis kecil di akhir huruf (ki, shi, chi, ta,hi,mi,ri serta huruf dakuten za, ji, dzi, bi, dan pi sahaja) menghasilkan bunyi dalam tambahan dalam kumpulan yang sama dengan pengakhiran YA, YU dan YO seperti Kya, Kyu dan Kyo.....Sha, Shu, dan Sho....dll
                                            

tak jumpa pulak link untuk latihan menulis huruf tambahan Hiragana. Tapi anda boleh gunakkan kertas latihan kosong seperti link ini dan ikut tertip garisan seperti latihan huruf asas hiragana di atas.
http://japanese-lesson.com/resources/pdf/characters/blank_writing_practice_sheet.pdf
(credit to http://japanese-lesson.com)

Minggu ke 2 ini dibahagikan kepada 2. 
3hari yang pertama akan digunakan untuk mengenal, menulis dan mengingati bentuk dan cara tulisan semua huruf Hiragana dan 4 hari terakhir minggu ke 2, kita akan belajar tentang syarat am menulis dalam hiragana. Nantikan post yang berikutnya....



 

29 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian ,, saya memg teringin sgt nak belajar bahsa Jepun,, Alhamdulillah dah jumpa cara yg seng,,, =)

    BalasPadam
  2. Tk buat klas direct ke..mcam sush nk pham kalau tk de ckgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga seorang pelajar... dan bila dah star kerja... saya juga semakin kurang update post2 terkini. Gunakan post saya sebagai nota tambahan sahaja.. Cikgu bahasa terpaksa cari di luar.

      Padam
  3. trima ksi kawan atas perkongsian ilmu.....muda2han smuanya brjlan dgn lancar.....

    BalasPadam
  4. kawab saya ingin bertanya..dlm teknik penulisan dakuten yaitu tambahan dua garis kecil atau bulatan di atas huruf hiragana adakah ianya digunakan dlm stiap huruf hiragana atau sebilangganya sahaja????...mohon penjelasanya yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semua huruf hiragana ada dalam pertukaran huruf Dokuten dan Combo Hiragana.

      Untuk Dokuten, hanya tambahan 2 garis kecil pada atas akhir huruf dalam kumpulan (K, S, T, N) dan tambahan bulatan kecil pada kumpulan (N)

      Untuk Combo Hiragana, tambahan huruf kumpulan (Y) yang ditulis kecil di akhir huruf (ki, shi, chi, ta,hi,mi,ri serta huruf dakuten za, ji, dzi, bi, dan pi sahaja)

      Padam
    2. trima ksih atas pnjelasannya yaa....

      Padam
  5. Boleh belajar walau pun tak tau bajasa jepin ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. tapi kalau nak lebih mudah faham, belajar bahasa dulu

      Padam
  6. Ada fb ka supaya senang nak tanya

    BalasPadam
  7. assalamualaikum....cikgu saya nak tanya sambungan nya ade lagi tak? sebab sekarang saya memang betul2 minat nak belajar jepun ni cikgu...plzzzz

    BalasPadam
  8. nak tanya tanya satu je macam mana nak translate kan kalau dah bole ckap

    BalasPadam
  9. sangat berguna, arigatou sensei!... saya cuma lack dalam kanji je ni...sebab kanji memang banyak perkataan, lol

    BalasPadam
  10. Bagus..kl boleh buat kelas mcm darjah satu..belajar BC Dan tulis.. terima kasih

    BalasPadam
  11. camne nk eja sa dalam jepun

    BalasPadam
  12. terima kasih , sekarang saya sudah boleh menguasai huruf hiragana walaupun sedikit

    BalasPadam
  13. Jepun memang x de ke macam tulisan A B C D E F G tu semua,memang bersambung eh semua perkataan tu untuk eja?

    BalasPadam