Selasa, 1 September 2015

Penulisan Bahasa Jepun 101: Mengenal Huruf-Huruf asas Bahasa Jepun (KATAKANA)

Minggu 3: Pengenalan pada huruf-huruf Katakana




Minggu ke 3, kita akan belajar huruf-huruf Katakana pula; selepas mempelajari huruf-huruf Hiragana rasanya kita dah tahu bahawa huruf dalam bahasa Jepun adalah penghasilan bunyi seperti, SA, SE, SU, SI dan SO dan seperti yang sering saya ulang...ianya hanya untuk menulis perkataan yang berasal dari Bahasa Jepun itu sendiri sahaja. Jadi bagaimana dengan perkataan Bahasa Inggeris seperti Komputer, Chicken Chop dll ditulis dalam bahasa Jepun? mereka membezakannya dengan menggunakkan tulisan dari huruf-huruf Basic Katakana, Combo Katakana dan Dakuten Katakana. 

Diingatkan sekali lagi, pernulisan bahasa Jepun bukan berasaskan ejaan huruf ke huruf tetapi sebutan ke sebutan.... contoh perkatan Komputer  menjadi  コ(Ko)ン(N)ピュー(Pyū)ター(Tō) maka anda masih perlu belajar bagaimana menulis perkataan Bahasa Inggeris dengan Bahasa Jepun (Katakana) kerana sebutan/ Slang English yang diJepunkan bukannya mudah untuk difahami. 

Seperti Hiragana; Minggu Katakana juga harus bermula dengan mengenal huruf-huruf Asas dan di campur terus dengan huruf-huruf Combo dan Dakutan. Mulakan dengan latihan menulis mengikut atur garisan menggunakan link dibawah:

http://japanese-lesson.com/resources/pdf/katakana_writing_practice_sheets.pdf
 

anda akan dapati tidak banyak perubahan pada bunyi huruf dalam katakana yang berbeza dengan huruf-huruf hiragana tapi anda perlu tahu terdapat pertambahan 2 kumpulan huruf dalam Katakana iaitu kumpulan Huruf V (Va, Vi, Ve dan Vo) serta kumpulan huruf F (Fa, Fi, Fe dan Fo) serta huruf She, Che, Je dan Quo.



Secara jujurnya melihat Jadual semua huruf-huruf Katakana dan Hiragana diatas agak menakutkan saya.... hampir 3kali ganda jumlah huruf yang perlu dihafal banyinya berbanding dengan huruf-huruf Roman. Namun saya sering ingatkan pada diri saya.... tak perlu hafal sekarang kerana saya akan menjumpai semua huruf-huruf ini berulang-ulang kali, yang penting saya tahu membezakan huruf Hiragana dan Katakana sahaja buat masa ini.

Tapi adakah Katakana mempunyai syarat tambahan dalam penulisan seperti Hiragana?
 Jawapanya hanya ada 2 sahaja iaitu:
1. Bunyi Panjang yang diwakili dengan huruf seperti ā, ī, ē, ū, atau ō diwakili dengan simbol ( ー ) di akhir huruf
2. Huruf gandaan seperti seperti; kk, pp, ss dan tt diwakili dengan huruf  シ(chi) kecil diawal huruf.  

Dalam post Hiragana, saya ada menyebut tentang penulisan dalam bahasa Jepun menggunakan hiragana tidak mempunyai jarak antara perkataan kerana semuanya ditulis dalam satu perenggan; tapi kita sedia maklum bahasa Bahasa Inggeris mempunyai jarak dalam perkataannya. Maka bila perkataan inggeris yang di Jepunkan perlu ada jarak maka tanda [・] titik gelap= tanda berhenti dalam tulisan roman digunakan. Jadi bagaimana pulak dengan tanda berhenti? dalam bahasa Jepun tanda berhenti ditulis dengan tanda [。] bulat kosong.


Simple kan? Apa kata kita teruskan dengan latihan mengeja pula.
Latihan 1:
Tulis sebutan perkataan Katakana berikut dengan tulisan Roman

Contoh
メニュー (Menu): menyū
1. コーンスプ (Corn Syrup)
2. サラダ(Salad)
3. ビール(Beer)
4.スパゲッティ-(Spaghetti)
5. ハンバーグ( hamburger steak set)

Latihan 2:
Tukarkan tulisan Roman berikut kepada huruf Katakana:

Contoh:
bifū shichū (Beef Stew) : ビ-フシチュ
1. Piza(Pizza)
2. Raisu (Rise)
3. Pan (Bread)
4. Sandoicchi (Sandwish)
5. Chokerētokēki (Chocolate)

Jawapan
Latihan 1:
Kōnsupo
Sarada 
Bīru
Supegettī
Hāmbuga Setto

Latihan 2:
ピザ
ライス
パン
サンドイッチ
チョコレートケキ



Tiada ulasan:

Catat Ulasan