Sabtu, 6 Februari 2016

Selepas berehat 3 bulan... saya perlu teruskan nampak gaya nya~

Bukan berehat ertinya saya berhenti belajar bahasa Jepun dan terutamanya tulisan Kanji. Cuma tidak di upload kan. lebih terarah kepada membuat latihan penulisan ketiga-tiga jenis tulisan Jepun; namun bila lihat pada jumlah hints pada post2 Mari Belanja Tulisan Kanji nie meningkat saban hari...walaupun x ramai namun nampak gaya... ada juga yang menjadikan blog ini sebagai salah satu alternative mempelajari bahasa Jepun.. maka minat untuk upload telah kembali... Jom Sambung Belajar~



 Sebelum itu apa kata, kita semak dulu... apa yang perlu ada sebelum anda meneruskan pembelajaran ini;

1. Kertas Latihan Penulisan

ramai yang belajar secara online Bahasa Jepun, kerap melihat sahaja... percayalah hanya manusia yang mempunyai keupayaan minda yang tinggi mampu menghafal dengan melihat. Kita perlu menulis semula; dan cara yang betul dengan menggunakan petak-petak khas tulisan Jepun ini. Saya print out sekeping dan photostat hampir 50 keping... setiap perkataan baru yang saya jumpa..saya akan salin dan belajar susunan garisan yang betul.

Contoh:
Kertas helaian kosong disini:
apanese-lesson.com/resources/pdf/hiragana_writing_practice_sheets.pdf

Seperti contoh; saya selalunya akan menulis belajar menulis dengan semua huruf-huruf Hiragana+katakana dahulu sebelum mencampurkan dengan huruf Kanji yang baru saya pelajari.

Dengan belajar membilang sahaja... Saya telah menghabiskan hampir 20 helaian kertas tulisan kerana Jepun mempunyai penjodoh bilangan yang berbeza untuk setiap keadaan.



2. Teruskan latihan menukar tulisan Romen ke Hiragana dan Katakana

walaupun anda dah mahir membezakan semua huruf Hiragana dan Katakana... teruskan latihan dengan menukar konteks karangan atau perbualan dalam bahasa Jepun yang menggunakan tulisan Romen. Percayalah, ianya sangat sukar apabila sering kali terkeliru dengan syarat khas perkataan tambahan dan gandaan huruf. So... teruskan latihan.

Cuba cari latihan yang mempunyai jawapan. Maka anda akan belajar dari kesilapan.
Buat latihan,  semak dan tanda.

3. 1 per 1.... Jangan tamak.... mula-mula; jadikan diri anda orang Jepun... Bayi yang baru pandai keluarkan bunyi...

ini konsep yang saya pelajari ketika di Univ.... sebelum ini saya lemah dalam Bahasa Inggeris... ya, saya wakil Negeri dalam Corul Speaking namun ianya pada konsep menghafal... Konsep menghafal juga saya terapkan ketika saya mempelajari Bahasa Arab komunikasi... Konsep ini adalah langkah jangka pendek... ianya berjaya membuat saya LULUS, namun selepas peperiksaan, bahasa itu menjadi lenyap dan hilang dalam kontek percakapan harian. Jadi apa Pensyarah saya beritahu saya... "Dream in English event you're using broken English... used it" dan saya berjaya Mahir dalam Bahasa Inggeris;  MUET test for speaking pun 43/45 points... it work.... MBA report pun saya tulis dalam Bahasa Inggeris sedangkan cikgu Bahasa Inggeris saya menangis kalau dia baca karangan SPM saya... level sekolah rendah katanya. Jadi saya gunakan cara yang sama belajar bahasa Jepun ini... Mimpi dalam bahasa Jepun..." anuuu...anuu... deso"... walaupun itu aje yang keluar... tapi teruskan bermimpi anda bersama keluarga dan rakan-rakan adalah orang Jepun.


 okey, esok kita sambung hari ke 14. Ianya umpama ulangkaji untuk saya.... masih ingat tak lagi~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan